中马六桂堂

第1章  名称
本会简称为:中马六桂堂。
 
第2章  注册地址
本会注册及通讯地址为No. 68 Jalan MJ 2, Taman Manggis Jaya, Banting 42700 Selangor;或者是被理事会所决定的其它供本会通讯用途的地点。除非获得社团注册官之批准,否则不得随意更改。
 
第3章  徽章
  
(根据总会的注册徽章)
 
第4章  宗旨

  1. 促进居住在吉隆坡、布城、雪兰莪、森美兰和霹雳的六姓宗亲:
    洪、江、翁、方、龚、汪之间的联系。
  2. 谋求和照顾宗亲的福祉。
  3. 维护及发展宗亲会员的福利,从而促进宗亲会员之间的了解与联谊。
  4. 推行有关教育、文化与社交的活动,培养会员之间分工合作与负责任的美德。
  5. 推展有益身心健康的活动,鼓励会员养成健康的生活习惯。
  6. 通过教育基金辅助会员子女。

 
第5章  会员籍

  1. 凡年龄逾18岁居住在吉隆坡、布城、雪兰莪、森美兰和霹雳的六姓宗亲:
    洪、江、翁、方、龚、汪,皆可申请为永久会员。
  2. 每项申请成为会员必须由一名会员提议及另一名会员附议方可, 入会表格必须呈交给总务,并尽快交由理事会批准。理事会有权 拒绝有关入会申请,而无需给于理由解释。
  3. 凡申请成为会员者,一经批准同时缴交所决定的入会费后,将享有会员的权利。
  4. 一名学院或大学大专生不可以接受为本寺的会员,除非得到该学院或大学的校长书面上的批准。

 
第6章  入会费、年捐及其他费用

  1. 必须交缴的入会费如下:
    a) 永久会员:入会费RM100.00。
  2. 入会费必须交给财政。
  3. 理事会有权决定那些丧失会员籍者,倘欲再申请入会,则需重新 缴交入会费。
  4. 从会员筹募特别款项供指定用途,可以通过会员大会认捐。

 
第7章  中止及开除会员籍

  1. 凡欲中止会员籍者,必须在14天前以书面通知总务,且需缴清所拖欠之款项。
  2. 倘若任何会员不遵守章程或破坏本寺名誉者,将会被理事会开除或中止其会员籍至一个期限。惟理事会尚未执行有关纪律行动前,会员必须提呈书面解释原委,上述会员有自辩的机会。理事会开除或中止会员籍乃最后决定,除非会员大会推翻有关决定。

 
第8章  会员大会

  1. 会员大会出席的会员法定人数必须是会员总人数之一半,或理事会成员之2倍(视最低为准)方为有效。
  2. 如果会员大会在半小时后无法达到所指定的法定人数,有关大会必须由理事会决定延迟至另一个日期(不可超过30天);如果被延迟的另一会员大会在会议半小时后依然不足法定人数,那出席的会员有权进行有关大会,但是无权修改章程及做出任何涉及所有会员的决定。
  3. 常年会员大会必须在财政年度结束后尽快举行,理事会有权决定会议日期、时间及地点,惟最迟不能在3月31日过后举行。会员大会的议程如下:
    a) 通过理事会往年的会务及活动报告;
    b) 通过被核准的往年理事会财政报告;
    c) 每3年遴选新届理事会成员;及委任稽查,任期3年。
    d) 处理其他被提问的事项。
  4. 秘书务必须在会员大会举行14天前把会议通知书寄给所有会员,有关会议通知书除了通知会员出席大会及议程之外,还含有会务报告及被核准的往年的财政报告之副本。所有副本都必须张贴在本堂让会员阅览。
  5. 特别会员大会可以在以下的情况举行:
    a) 当理事会觉得必要时;或
    b) 由不少过五分之一(1/5)的会员书面上的要求,且注明其目的及原因。有关要求必须交给本堂秘书。
  6. 被会员要求召开的特别会员大会必须在秘书接收有关信件后一个月内举行。
  7. 特别会员大会的通知及议程必须由秘书在14天之前发给全部会员。
  8. 章程第8章之(1)及(2)有关延迟常年会员大会适用于特别会员大会,但是在有关会议要求逾半小时后,仍然未达指定的法定人数,大会即可宣布取消及6个月内不得以同样理由要求召开。
  9. 秘书必须在最快的时间内把会员大会及特别会员大会后的会议记录稿寄给所有会员。

 
第9章  理事会

  1. 会员大会选出3年1届理事会的职位如下:
    一名主席  
    一名署理主席
    六名副主席
    一名秘书  
    一名副秘书
    一名财政  
    一名副财政
    一名副利组主任
    一名副利组副主任
    一名文教组主任
    一名文教组副主任
    一名青年团团长
    一名青年团副团长
    一名妇女组主任
    一名副女组副主任
    十三(13)名普通理事
  2. 每位理事会成员必须是马来西亚公民。
  3. 每个职位必须要有提议及附议人在常年会员大会由会员选出。所有理事皆可以在3年后连任,且限3届。
  4. 理事会的任务是安排本堂的日常活动,执行会员大会通过之议决案及提呈每年之会务和财政报告。
  5. 理事会每3个月内必须召开一次会议,会议通知书必须在7天前呈给理事。主席或至少4个理事在任何时候可以召开理事会,法定人数为不少过半数以上的理事出席会议方有效。
  6. 如有重要事项必须由理事会通过,而有关会议又不能及时召开,那秘书可以发信同时得到理事成员的书面认同。所决定事项可以视为被接纳,除非完成以下的条件:
    a) 被提及事项必须详细阐明在发给理事的信件内;
    b) 至少半数以上的理事同意或反对有关事项;及
    c) 结果将是依据多数票为依归
  7. 凡理事连续3次缺席会议,且未有足够理由者,当自动离职论。
  8. 倘遇理事成员逝世或离职,第二位在竞选中得票最高的会员必须被传召填补有关空缺。惟在有关职位之前未有竞选时,理事会有权推举一名会员填补其空缺,直到下一届会员大会。
  9. 理事会可以指示秘书及其他理事成员推行会务及委任职员协助执行被认为重要的任务。理事会也可解雇或暂停其职员因失责或被视为破坏本堂名誉。

 
第10章  职权

  1. 主席在任职期间必须主持一切会员大会及理事会议,有责任确保所有会议完美举行,并连同总务及财政签署支票。
  2. 署理主席在主席缺勤时,代其职务
  3. 副主席在主席、署理主席缺勤时,由六位副主席中遴选一位代其职务。
  4. 秘书必须根据章程处理一切日常事务,执行会员大会和理事会所  决定的事务,处理书信及保存书籍和文件,但账簿除外。秘书必须保存含有姓名、出生日期、登记号码、职业及地址的会员名册资料。秘书也必须出席所有会议及做会议纪录,连同主席及财政签署支票,同时在会员大会后的60 天内将各有关文件呈交社团注册官。
  5. 副秘书必须协助秘书执行任务,在秘书缺勤时,代其职务。
  6. 财政掌管一切财务款项,保存账簿及负责其准确性,连同主席及秘书签署支票。
  7. 副财政必须协助财政执行任务,在财政缺勤时,代其职务。
  8. 副利组主任必须执行和照顾会员的福利。
  9. 副利组副主任必须协助主任的任务,在主任缺勤时,代其职务。
  10. 文教组主任必须执行和推动本堂一切活动给予会员参与。
  11. 文教组副主任必须协助主任的任务,在主任缺勤时,代其职务。
  12. 青年团团长负责推动青年活动给予本堂的青年参与。
  13. 青年团副团长必须协助主任的任务,在主任缺勤时,代其职务。
  14. 妇女组主任负责推动妇女活动给予本堂的妇女参与。
  15. 妇女组副主任必须协助主任的任务,在主任缺勤时,代其职务。
  16. 普通理事协助执行理事会所指示的一切有关本堂事务。

 
第11章  财务

  1. 财务是根据章程内的预算,本堂财务可以支付一切会务费用、职员薪金、查账费用等,惟不得支付会员法律上的罚款。
  2. 财政不能收存现款逾RM1000.00,逾RM1000.00则需存入以本堂名誉之银行户口.
  3. 所有支票必须由主席、秘书及财政联合签署方为有效。倘遇上述 3人其中一人缺勤时,理事会可以另选他人填补。
  4. 所有开支逾RM10,000.00必须得到理事会的批准,逾RM50,000.00 必须获得会员大会通过。惟少过RM10,000.00,主席、总务及财政即可批准签署。
  5. 财政必须备妥每年经第12章被委任之查账核查过财政报告,并提呈常年会员大会接纳,且张贴在本寺供会员阅览。
  6. 财务年报是由每年1月1日至12月31日。
  7. 本堂可接受会员的献捐及礼品,或社会人士的献捐,需得注册局的批准。

 
第12章  查账

  1. 2位非理事成员可以在会员大会被委任成为查账,任期3年,可以连任。
  2. 查账必须核查本堂每年之财政报告,在会员大会做出报告。随时在主席要求时核查账目,以呈交理事会。

 
第13章  产业

  1. 产业必须以本堂名誉注册,所有有关产业的合法文件必须由主席、秘书及财政负责签署。
  2. 未得到会员大会之同意及授权,不得变卖、转让或抵押本堂任何产业。

 
第14章  章程注释

  1. 在会员大会期间,理事会可对本章作出诠释。如属重要,理事会可以决定一些不包括在本章程内说明之事项。
  2. 除非违反或会员大会所议决的原则不一致,理事会对会员们所作出之决定将是最后的决定,除非会员大会议决更改之。
  3. 如依第1项其中以一位空缺时,理事会可委任一位理事担任,直到会员大会。

 
第15章  会务顾问/名誉主席

  1. 理事会认为有需要时可以推举得高望重,有能力者出任本堂顾问或名誉主席,惟被委任者以书信回函同意。

 
第16章  禁例

  1. 本堂严禁所有形式的赌博,如轮盘、牌九、3张、天九、14支、21点、31点等等,或电子游戏机等。
  2. 依据职工会1959年法令,本寺及会员不得擅自禁止或其它方式阻扰营运生意或货物价格及采取示威的工业行动。除非得到有关当局之准证,否则本堂不能开设彩票,故不论该彩票是否只限会员购买,一律在严禁之列。
  3. 依据1966年社团法令第2条文,本寺不得支付利息或利益给任何会员。

 
第17章  修改章程

  1. 章程不得随意更改,除非在会员大会决定修改。所有修改章程之条文必须在60天内呈交社团注册官批准,所获得社团注册官批准后的修改条文,方可实行。

 
第18章  解散

  1. 本堂不得解散,除非获得不少过五分之三(3/5)的会员人数赞成通过。
  2. 依照上述情况进行解散时,所有一切合法之债务必须全部清还,至于余款之处理办法则由会员大会决定。
  3. 解散通知书必须在14天内呈交社团注册官备案。

 
注:本华文版本翻译只供参考用途,一切争议还需以国文版本为依归。

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN KETURUNAN LIU KWEE TANG MALAYSIA TENGAH
( CENTRAL MALAYSIA LIU KWEE TANG CLANSMEN ASSOCIATION)
 
FASAL 1 NAMA 
Pertubuhan ini dikenali dengan nama  PERSATUAN KETURUNAN LIU KWEE TANG MALAYSIA TENGAH
(CENTRAL MALAYSIA LIU KWEE TANG CLANSMEN  ASSOCIATION)
Selepas ini disebut‘Persatuan’
 
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan Persatuan ialah di No 68 Jalan MJ 2, Taman Manggis Jaya, Banting, 42700, Selangor, atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh  Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat. Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan Malaysia terlebih dahulu.
 
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Tiada
 
FASAL 4 TUJUAN DAN OBJEKTIF

  1. Untuk  merapatkan hubungan kekeluargaan diantara keturunanAng,Kang,Hong,Fong,Gong dan Ong di Malaysia.
  2. Untuk mewujudkan suasana kehorarmonian dan perpaduan serta semangatkerjasama dikalangan semua ahli.
  3. Mengembangkan persefahaman dan pergaulan dikalangan ahli.
  4. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan dan sosial serta memupuk sifat berkerjasama dan bertanggungjawab  dikalanganahli.
  5. Menggalakan gaya hidup sihat dengan menganjurkan aktiviti kebudayaan,riadah, pendidikan dan juga kegiatan sosial yang memberi munafaat kepadasemua ahli.
  6. Membantu ahli dari segi pembiayaan untuk pengajian apabila perlu denganmewujudkan tabung pendidikan untuk semua ahli.

 
FASAL 5 KEAHLIAN

  1. Ahli Seumur Hidup, terbuka kepada warga Malaysia berketurunan cina dari keluarga  Ang, Kang ,Fong, Gong, dan Ong yang tinggal di Wilayah Persekutuan, Selangor , Negeri Sembilan dan Perak, berusia 18 tahun keatas, layak untuk mengundi dan dicalonkan bagi jawatan dalam persatuandengan membuat bayaran yuran masuk dan yuran persatuan secara sekali gus semasa penerimaan sebagai ahli persatuan.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli  Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

 
FASAL 6 BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN

  1. Bayaran dikenakan sebagai bayaran untuk seumur hidup:-
    Ahli Seumur Hidup   -   Bayaran masuk dan bayaran seumur hidup RM 100.00  
     (Satu Ratus Ringgit Malaysia Sahaja)
  2. Yuran kemasukan  hendaklah dijelaskan kepada Bendahari setelah diterima untuk menjadi ahli persatuan .
  3. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  4. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.

 
FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantungkan keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 
FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

  1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan  atau membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan  hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb.Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-
    a. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam tahun lalu;
    b. Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
    c. Memilih tiga tahun sekail ahli-ahli Jawatankuasa dan Juruaudit untuk tiga tahun yang akan datang; dan
    d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli  di alamat tempat urusan Persatuan.
  5. Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan:-
    a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
    b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
  6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu
  7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

 
FASAL 9 JAWATANKUASA

  1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih tiga tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:-
    Pengerusi,
    Timbalan Pengerusi,
    Enam Naib Pengerusi,
    Setiausaha
    Penolong Setiausaha,
    Bendahari,
    Penolong Bendahari
    Pegawai Kebajikan .
    Penolong  Pegawai Kebajikan,
    Pegawai Kebudayaan  dan Pendidikan
    Penolong Pegawai Kebudayaan  dan Pendidikan 
    Pegawai Belia
    Penolong Pegawai Belia,
    Pegawai Wanita
    Penolong Pegawai Wanita,
    13  Ahli Jawatankuasa Biasa
  2. Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
  3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula  tiga tahun sekaliuntuk tiga penggal sahaja.
  4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
  5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
    a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa;
    b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
    c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
  7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
  8. Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.
  10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

 
FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan.
2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaannya.
4. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia jalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli mengikut kategori ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.
5. Penolong Setiausaha  akan menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha.
6. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan . Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
7. Penolong Bendahari akan menjalankan tugas Bendahari semasa ketiadaan Bendahari .
8. Pegawai Kebajikan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas perhubung kebajikan  ahli termasuk untuk urusan bantuan dan pertolongan waktu kecemasaan ahli.
9. Penolong Pegawai kebajikan  akan menjalankan  semua tugas pegawai kebajikan semasa ketiadaan Pegawai kebajikan.
10. Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan  bertanggungjawab untuk menalankan   tugas bagi mengadakan dan mengurus aktiviti kebudayaan dan keperluan   dalam hal pendidkan termasuk keperluan biasiswa dan pinjaman untuk   melanjutkan pelajaran ahli .
11. Penolong Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan  akan menjalankan semua   tugas Pegawai Kebudayaan dan Pendidikan   semasa ketiadaan Pegawai   Kebudayaan dan Pendidikan .
12. Pegawai Belia bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengadakan aktiviti   untuk ahli belia persatuan ini.
13. Penolong Pegawai Belia akan menjalankan semua tugas   semasa ketiadaan   Pegawai Belia.
14. Pegawai Wanita bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengadakan   aktiviti untuk ahli wanita persatuan ini.
15. Penolong Pegawai Wanita akan menjalankan semua tugas   semasa ketiadaan   Pegawai Wanita.
16. Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa menjalankan tugas   yang diarahkan olehnya.
 
FASAL 11 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini wang Persatuan  ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan , termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa akaun. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 1000.00 (Satu Ribu Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh  Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada   RM 50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysai) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
5. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira- kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan .
6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.
7. Persatuan boleh menerima sumbangan dan barangan dari ahli atau orang ramai bagi menjana aktiviti sosial persatuan dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia  terlebih dahulu.
 
FASAL 12 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan  hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan  bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit akaun Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
 
FASAL 13 PENTADBIR HARTA
1. Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta Persatuan  itu hendaklah isempurnakan oleh tiga orang  pemegang jawatan persatuan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar dan menterikan  dengan menteri Persatuan.
2. Pegawai Tadbir Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar milik harta kepunyaan Persatuan  tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Persatuan .
3. Sekiranya seseorang Pegawai Tadbir Harta itu tidak lagi memegang jawatan dalam Persatuan seperti Fasal 13(1), maka kuasanya dengan sendirinya terlucut. Jawatankuasa berkuasa melantik ahli yang lain bagi mengisi
4. kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.
 
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
 
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.
 
FASAL 16 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Jadual 1 dan 2, Akta Rumah Perjudian Terbuka, 1953 tidak boleh dimainkan di premis Persatuan .
2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;
3.“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan  kepada mana-mana ahlinya.
 
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
 
FASAL 18 PEMBUBARAN
1. Persatuan  ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat  Agung berkenaan.
3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu